Friday 18 March 2011

Selamat Menjalankan tugas

Sekolah pun dah nak buka esok (Ahad 20 mac 2011), maknanya kita semua pun akan masuk mengajar macam biasa la, jadi saya mewakili PK kita nak ucapkan kepada semua ahli kumpulan selamat menjalankan tugas dengan tekun dan amanah, apa-apa masalah yang dihadapi nanti jangan la pendam sorang2 pulak takut nanti timbul masalah lain, so kalau ada masa nanti kongsi2 la dengan ahli kumpulan lain.
Jadi akhir kata pesanan dari saya :

  • Kerja mesti amanah
  • Jaga tingkah-laku
  • Jangan terlalu garang
  • Jangan terlalu baik dengan murid
  • Jangan gaduh2
  • Kerja elok-elok

Sesi interaksi kali pertama

Alhamdulillah sesi interaksi/kuliah untuk kali pertama telah pun selesai dengan jayanya iaitu bermula 13 mac hingga 17 mac 2011, dalam sesi ini kumpulan pa2 telah menerima 3 orang ahli baru yang masing-masing berasal dari kedah, perak dan kelantan, Selamat Datang diucapkan kepada mereka, tetapi dalam masa yang sama juga kumpulan pa2 telah kehilangan 2 orang atas sebab-sebab yang tertentu, mungkin ada hikmah disebaliknya, jutaan takziah juga diucapkan kepada mereke berdua semoga lebih tabah dalam menempuh ujian hidup.
Dalam sesi kuliah ini ada sesi pembentangan yang telah dijalankan secara berkumpulan iaitu pembentangan kertas rph pada hari khamis (hari terakhir).

Diantara ustazah2 dalam kumpulan pa2, ada lagi beberapa orang yang takde rasanya (yang lewat datang kelas), cuba teka sape.. huhu

Sesi Pembentangan RPH




Penjelasan dari ustaz Afandi (tutor PA2)

Yang ni canggih sket guna slide, dari (kump. PKK) ape kelas guna kertas majong katanya jatuh standard jer (huhu jgn marah)

Wednesday 16 March 2011

Nota BMK & AP


Muat Turun Nota / slide untuk subjek Bahasa Melayu Komunikasi (BMK) :

  1. Fungsi Bahasa Melayu [Klik Sini] 
  2. Kesantunan Berbahasa [Klik Sini]
  3. Wacana [Klik Sini]
Muat turun nota/slide subjek Asas Pendidikan (AP) :
  1. Fitrah Manusia [Klik Sini]
  2. Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan [Klik Sini]

Tuesday 15 March 2011

Pendahuluan.

Assalamualaikum w.b.t, kepada semua kawan-kawan PA2.. Untuk makluman semua, bagi memudahkan dan menyenangkan kita, InsyaAllah Blog ini akan dijadikan sebagai medium untuk kumpulan kita berhubung atau mendapatkan maklumat2 berkenaan dengan hal-hal dalam kumpulan kita terutamanya berkaitan dengan tugasan dan bahan2 pengajian kita akan diupdate disini.. Semoga kita semua akan dapat manfaat dari blog yang simple ini. Sekian Wassalam.